Friday, 21 August 2015

Definisi Pendidikan Awal Kanak-kanak

   Prasekolah ialah pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak yang sedang dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas menerima pendidikan di rumah.Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

    Pendidikan awal kanak-kanak sudah menjadi Sistem Pendidikan Kebangsaan.Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak, pandangan tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak, Akta 308 dan Akta 550, hak asasi kanak dan transisi dari rumah ke taska/tadika serta dari tadika/ prasekolah ke tahun 1.

Contoh definisi pendidikan awal kanak-kanak yang sempurna di bawah :D


Definisi Pendidikan Awal Kanak-kanak





Contoh video Kanak-kanak bermain di taman dengan gembira :D






Objektif Pendidikan Awal Kanak-kanak

   Dalam melaksanakan program prasekolah, guru dan pelaksana tadika perlu mengetahui dan memehami perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur ini. Ini bertujuan agar mereka boleh menggubahsuai kurikulum mengikut kesesuaian peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat murid. 

    Objektif pendidikan awal kanak-kanak adalah banyak , iaitu menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.Objektif yang lain ialah memperkembangan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat.

Cobtoh objektif pendidikan awal kanak-kanak : 
Matlamat dan Objektif Pendidikan awal kanak-kanak


Video kanak-kanak menjalankan aktiviti riadah :D

Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak

Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua.
Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.

Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia
· Zaman Sebelum Merdeka

Pada tahun 1940 an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang berada dan tinggal di bandar sahaja belajar di prasekolah itu. Kanak-kanak tinggal di luar bandar tidak mendapat pendidikan formal.Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah.

· Zaman Selepas Merdeka

Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Sharikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.

Contoh Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak di bawah :D

Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak


Video Pengajaran dan pembelajaran Prasekolah :D





Monday, 3 August 2015

Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia

   Pada masa kini, pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang di negara kita.Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak itu dari kalangan fizikal atau mental. Sekiranya seorang kanak-kanak itu mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi dan juga kerjayanya di masa hadapan.Kepentingan untuk mencadangkan program sampingan pendidikan kanak-kanak untuk melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.

     Pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ilmu/kemahiran yang diperolehi

Contoh-contoh Rujukan Kepentingan pendidikan awal kanak-kanak di bawah :D


Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-kanak

 Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-kanak


Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak

     Pendidikan Awal Kanak-kanak dimaksudkan kepada pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak yang berumur4 hingga 6 .Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas. Oleh itu Pendidikan Awal Kanak-kanak adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran dan asas pelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah rendah yang formal.
    Konsep pendidikan alwal kanak-kanak yang juga disebutkan prasekolah dibahagikan kepada dua konsep,iaitu konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan. Yang pertama, konsep pertumbuhan  yang berdefinisikan perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain.

Contoh konsep pendidikan awal kanak-kanak di bawah  :D

Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kanak-kanak yang hidup dengan harmoni :D